Thursday, 8 December 2016

CARA KIRA DEBT-SERVICE-RATIO (DSR) UNTUK AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) FINANCING-I



ASB adalah dana Unit Amanah yang telah dikeluarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang mana ia adalah antara satu tempat perlaburan bagi kaum bumiputra Malaysia. Apabila anda membuka akaun dengan ASB, anda akan menerima satu buku perlaburan dengan ASB. Apabila anda sudah berjaya membuka akaun, ini bermakna anda layak untuk memohon ASB Financing-I. Walaupun begitu, antara syarat untuk memohon adalah anda mesti bekerja dan mempunyai Pay Slip atau pun Payment Voucher sekurang-kurangnya untuk 3 bulan dan DSR anda mesti kurang daripada tahap yang dibenarkan. Sebagai contoh, untuk yang bergaji RM2,000 kebawah, DSR yang dibenarkan adalah sebanyak 90% manakala untuk yang bergaji RM2,000 keatas DSR yang dibenarkan adalah sebanyak 95%.


FORMULA TO CALCULATE DSR ASBF-I FOR WAGE EARNER :-


1. GROSS INCOME = ADD ALL GROSS INCOME (BASIC SALARY + FIXED ALLOWANCES)

2. NET INCOME = GROSS INCOME - EPF - SOCSO - INCOME TAX

3. NET INCOME X 90% IF LESS THAN RM2,000, AND 95% IF MORE THAN RM2,000

4. AFTER YOU GET THE AMOUNT, MINUS ALL LOAN THAT LISTED IN YOUR CCRIS SUCH AS HOUSING, CAR, PERSONAL LOAN, PTPTN AND CREDIT CARD.

5. AFTER THAT MINUS RM500 FOR COST OF LIVING

6. AFTER MINUS COST OF LIVING, THE AMOUNT YOU GET MEANS THAT IS THE MAXIMUM AMOUNT OF ASB FINANCING-I THAT YOU CAN APPLY. REFER TO TABLE 1 FOR QUALIFIER.

7. IF YOU ARE BUSINESS PERSON, AVERAGE 6 MONTH INCOME X 80% X 20% AND THAN CONTINUE TO STEP 3.


TABLE 1








http://celikhartanah.com/?goto=412

Sunday, 4 December 2016

CARA KIRA DEBT-SERVICE-RATIO (DSR) UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN



Debt Service Ratio (DSR) merupakan antara perkara yang terpenting untuk menentukan sama ada loan perumahan anda lulus atau tidak. Walaupun begitu, ada banyak lagi faktor untuk menentukan kelayakan pinjaman perumahan anda.

Setiap permohonan yang anda hantar, bank akan menilai sama ada adakah anda mampu untuk membayar installment setiap bulan.

Setiap bank telah menetapkan percentage maximum yang dibolehkan berhutang (DSR). Percentage DSR yang dibenarkan oleh setiap bank adalah berbeza, namun antara jumlah tertinggi yang bank biasa bagi ialah 70% dan jumlah yang paling rendah yang bank boleh bagi ialah 40%. Walaupun begitu kebiasaannya bank akan bagi dalam 60% kerana bank beranggapan bahawa 40% sudah cukup untuk menyara diri dan keluarga di dalam dunia yang penuh mencabar pada ketika ini berbanding dengan 30%.

FORMULA DSR :-

NET INCOME = GROSS INCOME - EPF - SOCSO - INCOME TAX

MAXIMUM DEBT = NET INCOME X 60%

DSR = MAXIMUM DEBT – (ALL LOAN OR COMMITMENT IN CCRIS +
            NEW INSTALLMENT)

*Kalau DSR anda positif bermakna loan anda akan diterima oleh pihak bank dan disebaliknya kalau negative.

CONTOHNYA :-

Andaikan,

GROSS INCOME  RM5,000 
EPF  RM400 
SOCSO  RM70 
INCOME TAX RM50

LOAN/KOMITMEN YANG MASIH BELUM HABIS DIBAYAR :-

CAR LOAN RM400
ASB FINANCING RM550
PERSONAL LOAN  RM500
CREDIT CARD RM100
NEW HOUSING LOAN ➨ RM1,000

CONTOH PENGIRAAN :-

NET INCOME = RM5,000 - RM400 - RM70 - RM50 
                        = RM4,480

MAXIMUM DEBT = RM4,480 X 60%
                              = RM2,688 (*maximum hutang yang dibenarkan)

DSR = RM2,688 – ( RM400 + RM550 + RM500 +RM100 + RM1,000)
         = RM138

Ini bermakna loan anda akan diterima oleh bank.

Anda juga boleh menggunakan formula ini untuk mengira percentage loan anda selepas ditambah dengan housing loan yang baharu.

(TOTAL LOAN/ NET INCOME) X 100

PENGIRAANNYA :-

(RM2,550/ RM4,480) X 100 = 56.92%

Ini bermakna anda akan mempunyai hutang sebanyak 56.92% daripada gaji anda sekarang dan ini menunjukkan hutang anda berada dibawah < 60% bermakna loan anda diterima.



Oleh itu, pastikan anda mengira DSR anda dan merancang terlebih dahulu rumah yang anda ingin beli mengikut tahap kewangan anda, agar anda tidak tersalah langkah yang akan mengakibatkan anda tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan atau lebih teruk rumah anda akan dilelong oleh pihak bank.